Pada zaman dahulu kala nabi sulaiman perintah segala, seluruh alam segenap petala taat perintah dengan rela. tersebut kisah di langkapuri, burung garuda berdiam diri…banyak sakti megah sendiri...semua makhluk takut hampiri. rajawali mendengar cerita…burung kakak tua empunyai warta..lalu pergi serta-merta berjumpa garuda beri berita. raja rum ada rencana ingin jodohkan anaknya teruna dengan puteri raja cina, negerinya jauh di timur sana. perkahwinan dirancang dengan bangga walaupun jauh tidak terhingga kerana takbur serta peraga…raja-raja lain tidak terduga. burung garuda hilang pedoman, lalu mengadap raja sulaiman, teguh tekad keazaman, gagal hasrat perkahwinan idaman. raja sulaiman beri pandangan…makhluk hanya buat rancangan,begitu juga jodoh tunangan hanya allah punya pegangan. azam garuda penuh perasaan…gagal perkahwinan dengan paksaan andai tindakan tidak berkesan nyahkan diri dari insan.
Terbang garuda ke benua cina…melihat puteri dijaga sempurna, puteri disambar tidak semena, inang, pengasuh dicengkam kena. ketiganya terus dibawa lari…terbang menuju ke langkapuri..diletak ke tempat yang berseri…segala keperluan garuda beri. raja rum raja berbangsa siap kelengkapan tergesa-gesa, berketua raja merung mahawangsa, keturunan dewa yang berjasa. isteri berbaka raksasa gergasi…hidup mereka begitu serasi…selalu dibawa duduk di sisi kerana ayah banda begitu sangsi. merung mahawangsa sebagai sahabat…baginda rela turut terlibat, ganti raja rum sebagai kerabat ke negeri cina berbahtera hebat. belayar beberapa buah bahtera.. mengharung gelombang samudera, singgah beberapa buah Negara…naungan rum rakyat gembira. mereka belayar tepi daratan…di mana singgah diberi sambutan…dapat hadiah sarat muatan..hingga sampai dekat hindustan. kuala changgung nama negeri, guruh petir tidak terperi..burung besar datang hampiri…rupanya garuda dahsyat ngeri. raja merung perintah berkata..mesti semua siap senjata..tunggu angkara dan sengketa bahaya berada di depan mata. raja merung tenang menghala..panah meriam serta lela, ke arah garuda tujuan ditala ditepis garuda tidak bersela. terjadi peperangan yang ngeri antara angkatan yang melayari dengan garuda seekor diri…putera rum mesti dibunuh sendiri. perang berhenti bila malam…suasana menjadi amat kelam…garuda hilang ke mana alam..hinggalah siang cerah berbalam…tiada perang beberapa hari, bahtera dan kapal terus layari..di kuala tawai terjadi peri, tiba-tiba garuda langgari. ribut guruh petir dan kilat angkara garuda sakti mengilat, dua bahtera kembar beralat, kapal mengepung tidaklah ralat. raja merung panah segera, keluar api merah berbara…segala azmat bahana di udara, jadi lenyap bagai dimentera. panah dan bedil menuju garuda…tidak terjejas kenanya tiada…tiga kapal terkena landa, diterbang entah ke mana berada. gempita tentera bertempik sorak, namun garuda tangkas bergerak, tiga lagi kapal berselerak, terbang garuda di mega berarak. banyak kapal rosak binasa..ramai manusia pasti terseksa..ahli rombongan sedih terasa, angkara garuda gila kuasa. di kuala parit pinggiran segara, garuda mengganas terus mara…raja merung memanah mentera…bernama pusar sempani gembira. panah sakti bukan buatan…keluar dengan hantu syaitan..garuda tepis dengan kekuatan,sambil sambar kapal dan muatan. dipanah lagi jentayu menjelma…lalu berlawan seketika lama, keluar api dentuman bergema….jentayu hangus mati percuma. ke pulau salang belayar bahtera, raja merung titah bicara…hendak berlabuh buat sementara, air dan kayu dicari segera. putera rum belayar terus..dengan menempuh gelombang arus…pengiring yang ada boleh mengurus…sangka garuda ganggu sejurus. Bila hampir pulau langkapuri…bahtera telah garuda langgari..rosak binasa tidak terperi…tinggal putera seorang diri. garuda yakin putera terkorban…sebenar di papan putera terhumban…garuda sangka selesai beban ke langkapuri pulang ke reban.
Raja merung selesai kerja, belayar menurut putera raja..terjumpa orang renang terkinja…baginda sedih bermuram durja. telah penat mereka mencari sudah masuk berhari-hari tanpa bayang puteranya diri…kecewa baginda di sanubari. belayar ke timur ke teluk tanjung, bertanya kepada mualim tersanjung, nama pulau yang di hujung..hajat hati hendak berkunjung. mualim berkata dengan pasti..seri dan jambul pulau sejati ke pulau lada mereka dekati lalu berlabuh sesuka hati. kaum gergasi penghuni di situ..raja merung mereka bantu…pelawa tinggal dan sekutu sambil mencari putera rum itu. jumpa kawasan indah saujana…dirikan kota serta istana… semua lengkap dengan sempurna lalu mencari nama bermakna. mereka bekerja bersuka-suka, makan minum senang belaka…raja merung jadi paduka, gelar negeri langkasuka. berpindah ke situ beramai-ramai…suasana aman serta damai, keadaan desa begitu permai…rakyat taat kasih tersemai.
Putera rum hanyut tak menentu..lalu terdampar di celah batu..di langkapuri pantai di situ, badan dan wajah berkerutu. puteri cari ketam dan siput diiring inang bayu berpuput, terdengar suara orang semput..inang disuruh membuat iiput. putera rum ditanya inang..mengapa hanyut letih berenang…minta jawab dengan tenang…tolong cerita boleh dikenang. putera rum terus cerita…kisah garuda buat sengketa habis binasa rombongan mahkota hajat ke cina jadi derita. mak inang disuruh puteri pergi bersama dayang berseri sembunyi putera di gua sendiri, air nasi mesti diberi. kupang di badan kikis bersama hingga bersih beberapa lama…pakaian inang diberi percuma…bereskan sebelum garuda jelma. saban hari inang pelihara, kian sihat segak putera..cari pakaian berakal bicara agar garuda tidak ketara. bila garuda datang berjumpa…puteri cina terus menyapa semua makanan tak kurang apa...cuma pakaian tidak seberapa. garuda tanya beri harapan di mana kain puteri simpan akan diambil bawa ke depan..boleh puteri bersiap-siapan. garuda kata jangan bimbang…puteri akan ke cina terbang..tak lama lagi hari di ambang..sesuai janji seperti tersembang. tempat pakaian dicerita puteri..benua cina istana negeri…dalam bilik puteri sendiri..garuda boleh pergi cari. garuda terbang ke negeri cina, kelam kabut jadikan suasana dapat dicari pakaian di mana…peti diterbang ke langkapuri sana. pakaian diserah kepada puteri…lalu garuda hilangkan diri…puteri pilih pakaian sendiri.bila dipakai indah berseri. putera rum puteri cina…sama elok sama kena…jatuh cinta penuh makna…garuda tak tahu semua rencana. seminggu garuda datang semula…putera ke gua sediakala…gua ditutup elakkan bala, berpisah mereka buat berkala. garuda mengadap nabi sulaiman...cerita semua pengalaman...puteri cina dalam genggaman, dipelihara pula dengan aman. putera rum punya angkatan..garuda akui laku perbuatan..semua binasa dalam lautan...tertunai janji seperti tuntutan. semua yang hadir telah ketawa..mendengar cerita yang dibawa..garuda tetap seperti terdakwa..nyahkan diri andai kecewa. nabi sulaiman perintah segerasuruh jin berbudi bicara ke langkapuri seberang samudara ambil mereka tanpa cedera. mereka berempat masuk ke peti lalu diterbang jin sakti menghadap nabi yang menanti..garuda terkejut hampir mati. nabi bersabda empat perkara..rezeki maut jangan dikira..jodoh bercerai juga setara kehendak Allah yang ketara. garuda merasa amat lara..pohon ampun segala angkara terpaksa nyah hujung segara..di laut kalzum sedih sengsara. harman shah jin utama dengan seribu para panglima, bawa pengantin pengasuh bersama ke negeri cina dengan saksama. surat nabi dibawa serta ke negeri cina istana kota..raja cina menurut kata...puteri dinikah putera mahkota.
Raja merung di pulau seri telah bertanya kepada menteri, apakah ada lagi negeri mempunyai anak gadis berseri. menteri telah berkabar berita agak jauh menurut cerita..kelinggi namanya ikut warta..benda ajaib di situ tercipta. raja merung terus bicara titah bersurat dengan segera..minta tempayan besarnya tera..sebagai tanda sahabat saudara. dengan perahu belayar menteri bawa barangan bersama diri ke kelinggi segera hampiri akhirnya tiba negeri dicari. ketika itu ada di sana, utusan rum ke negeri cina sedang mengadap paduka di istana hendak cari raja merung di mana. raja kelinggi dengar cerita hajat raja merung yang tercita ingin tempayan besar tercipta sesuai gergasi dan bota. empayan diraja telah diberi..usung ke bahtera rum seri..perahu ranap dikhuatiri tumpang bahtera teman sendiri. besar sekali tempayan itu, tukangnya gergasi ciptaan bermutu..tinggi umpama bukit batu...beranak tangga naiknya tentu. selesai dimuat beberapa hari..raja kelinggi surat diberi tanda muhibah antara negeri bersahabat setia di sanubari. kapal rum dengan muatan diiring perahu berdekatan..bila tiba ke tambatan...lalu berlabuh kepenatan. masuk mengadap raja junjungan timbul kembali semua kenangan utusan rum cerita berpanjangan tujuan sebenar jadi pegangan. raja merung ingin kembali..negeri rum tempat asali...menteri rum setuju sekali...langkasuka hendak ditinggali. putera raja merung bistari..tabalkan dulu jaga negeri hanya keturunan mereka yang seri baharu berjaya raja bersiri. utusan ke aceh telah pulang hadiah dan surat tidak berselang...baginda suka bukan kepalang, semua hasrat tidak tergalang. raja merung ria bersuka untuk tabal putera paduka...puluhan hari temasya dibuka...makan minum enak belaka. 40 malam 40 hari, putra mahkota kahwin puteri..pembesar bersara anak diberi...gentian waris pegawai dan menteri. raja merung mahapudisat...gelar berdarjat di negeri pusat sebutan negeri janganlah sesat, elok namakan dengan pesat. negeri kedah zamin tauran..nama baru sebagai gelaran, mahapudisat diberi ganjaran makmurkan negeri antara jiran. tempayan besar teguh sasa dibawa ke darat tidak tergesa..di pohon rokam letak selesa untuk merung mahawangsa. usia mahawangsa berlarutan,pulau-pulau menjadi daratan..pulau seri bersatu tautan demikian lama duduk penempatan.
NOTE : 10 March 2011 - tengok Hikayat Merong Mahawangsa ngn tasya (couple seats tue..) + jumpa irr n da' geng gak kt wayang ECM tue... superb la..1st time tgk filem Malaysia hebat macam tue..ngn special effect2 y boley dikatakn advance tue....walaupn still ade bnyk kekurang compared ngn Hollywood.. tp aku tetap berbngga ngn pncapaian KRU neh..hope diorg ley improve their performance... n well-known..globally in da' future.... Insya Allah..
aku gi ECM tgk HMW 18/3...hooho seb bek..kalu tak jumpe ko..haha
ReplyDeleteceh.cm xmau jumpa ak ja..uhuhuhuh..ala..tan2..ak dh kt penang dh..xdpt nk jumpa hg kt kuantan dh..huhuhhuhu
ReplyDelete