Mar 31, 2010

KES : BAPAK PUKUL ANAK SEBAB NAK PAKAI TUDUNG!!!

Sadis betul...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata,
"Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau depa yang len xnak...." Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


KWANG3X.. TEKUN BACA EK.. DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

AMALAN UNTUK KUATKAN INGATAN







Mar 30, 2010

"MATA YOU BULAT JUST LIKE

INDIAN GIRLS...CANTIK..."


Statement dri Uncle Singh...time aku dalam lif..yang membuatkan aku truja..dan trharu..coz its my first time
org puji mata ak..wawawawa.. Thankz uncle..len kli puji la lagi...muhaahahaha..

Mar 29, 2010

Sejak2 kebelakangan neh..ak rsa..ability utk ak ingt dh makin kurang..ak asyik lupa jew....aku ade penyakit kew? bru2 neh..ak ley lupa kt ner ak letak broadband aku...jenuh ak selongkaq sumer tmpt...dh la tue..kna time tue ak blik kg...xsenang ak duduk la ak...pk kt ner ak letak...dulu ak ilang jam..aku lupa letak kt ner...padahal de dlm beg ja..paling kritikal...siang td...ak ley lupa ak order makan pe...ley lak tnya tnya kat akak tue ak order pe...hahahahaha...kritikal neh...


Allahu Rabbi, Aku berlindung dengan zat Allah yang Maha Mulia yang dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna yang tidak dapat mengatasinya oleh orang yang baik dan orang yang jahat daripada segala kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik daripadanya dan daripada kejahatan yang masuk ke bumi dan yang keluar daripadanya dan dari sebarang kejahatan fitnah malam dan siang dan daripada kejahatan setiap orang yang berjalan melainkan orang yang berjalan dengan tujuan yang baik wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.Kau kuatkanlah ingatanku...Kau tajamkanlah mintaku....Kau mantapkanlah fikiranku....sesungguhnya aku hambah yang lemah...kepadaMu aku berserah...amin2..amin Ya Rabbal 'Alamin...


Kepulangan Kak Mas dari Langkawi amatlah aku nantikan sebab aku tak sabar nak amik choc2 yang ak order kt dia minggu lepas... Nyum2..hehehe Thank To Kak Mas coz tulun blikan..len kli klu de trip p mne2...ley la saya order ag..hehehehe



Mar 26, 2010

Account Unavailable


huh? unavailable? but why?
neh y tension neh..
uhhuhuhuh
TAHAP KEGEMUKKAN SEMAKIN MENINGKAT
PENJAGAAN PERMAKANAN
YANG AGAK TAK TERKAWAL
ISU LEMAK SERING DIBANGKITKAN
HATTA TEMAN-TEMAN JAUH
TURUT MERASAI TEMPIASNYA
AKU PERLU BERUSAHA
CHAIYOK2!!!

KISAH 4 ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya

Mar 25, 2010

♥ A great marriage
is not when
the perfect couple
comes together
It is when
the imperfect couple
learns to enjoy
their differences

CINTA ♥


Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan. Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”


Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?


NALURI MANUSIA:


  • Gharizah Al-Baqa'(naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
  • Gharizah Al-Tadayyub (naluri untuk menyembah dan beragama)
  • Gharizah Al-Nau':

    Rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina).

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat.


Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan

HOLD MY HAND

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight


Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbour
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbour

We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbours
You’re neighbour, my neighbour
We’re neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you

For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Mar 23, 2010


After I answered 30 questions from one of quizzes, which I took from FACEBOOK, 16 of my responses indicate me are left brained dominant. 14 of my responses are indications of right brain dominance. These results indicate me have a balanced brain, with no tendency to think towards either side.

"Those who are middle-brain dominant tend to be more flexible than either the left or the right-brain folks; however, you often vacillate between the two hemispheres when you make decisions. You sometimes get confused when decisions need to be made because, neurologically speaking, you could do most tasks through either a left-brain or a right-brain method! "

"A balanced score means you are able to draw on the strengths of both the right and left hemispheres of your brain depending upon a given situation. This combination makes you a creative and flexible thinker.The down side to having a more "balanced brain" is that you may sometimes feel paralyzed by indecision when the two hemispheres of your brain are competing to solve a problem in their own unique ways. You may also find career choices difficult due to your proficiency in several different areas."

Mar 22, 2010

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dan percintaan..

oleh Anna AlthaFunnisa

Mar 18, 2010

TANDA2 KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

"Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan2lah sesama kita..... "

Mar 14, 2010

I NEED MY KING KONG
JUST LIKE IN THE MOVIE
CAUSE I'M IN LOVE WITH
HIS PROTECTION

THE 2STARS MOVIE


Semalam...pas abis keje kt Penang..kami tgk V3 SEMSENG JALANAN...bg pendapat aku...jalan cerita dia..biasa...xde perbezaan langsung dripda citer rempit2 y len...including Adnan sempit ( yang diktakan..mngcilok idea dlm citer V3...)....myb de penambahan ckit...seperti terlebih aksi..ehem2, bahasa yang agak kasar..(nk tunjuk reality seorg smseng kot)...y aku rsa xbesh mane pon..aku harap pengarah citer neh...dpt membaik pulihkan karya dia..in da' future..kira okeis la....tue..for the first time nk manage 1st filem..for me i gif u 2stars dude!

JUST THEM

I SAW THEM YESTERDAY...HEHEHE

SEMALAM AKU DI BAY VIEW HOTEL, PENANG

Semalam ak bru blik dari attend election kt Bay View Hotel..Ari Jumaat..pas office hour..kitorg dah gerak p sna...sbb kitorg dpt 2 bilik utk semalam kt sna..Neh sumer kes psai ak la...mula2 ak sja2 men2 ngn kak ina..soh dia blnjer tdo kt otel semalam...then tba bos masuk...tgk kitorg wat keje ( preparation tok election ).. xtau lak..kak ina toi2 habaq kt boss...boss senyum2..kna plak time tue dia dpt tau.. kami kna uruskn registration....then pe ag..boss pon..p la mintak kt persatuan..2 bilik..stu tok ladies..n ag stu tue tok 3 gentelman.hehehe..
Mlm tue pas check in..kitorg p mkn kt gurney..ak order char kuey teow..mcm2 ak rsa nk makan..biasala...ble perut dah lapo..hehehe.then farah (ank boss) bg hint kat ak...dia nk mkn pasembor..( ak ngn dia dri td dok pulun makan ja..hehehe.)pe ag..dgn gembiranyew..p teman dia p amik pelbagai2 jenis maknek..pas abis mkn...kami nk lepak la kt tepi laut y "harum" tue..tetiba jew xdan 5minit..hujan turun rintik2..so...trpaksa la..cancle aktiviti melepak kt tepi laut tue...klu stay..alamatnyew..basah kuyup la..setibanyew kt bilik..kitorg kna wat keje...kna asing kn tag ikut alphabet..ak pn dh tiong2 time tue..sumer name company..y ak sebut..sumer dah xbtoi2..sutera jd setura la..siap ulang 3 4 kali still xbtoi2 sebut..hahahah..kes penat punya pasal.. dlm koi 1 lebey tue..bru kitorg dpt tdo dngn aman...( pas briefing n pas menguap berpuluh2 kali)
Pagi tue..ak ususkn registration ahli2...dri huruf A till L...ak just kna obtain sign depa n usha ic depa..nk check whether org y mai register tue sma ngn org y stated kt dlm form y ak dpt ...so team ak trdiri dripada...zul farah..kak ina..n me myself..hehehe...bnda y paling ak xley lupa..de sorg DATUK (datuk berpangkat bukan datuk de cucu tue..) neh..mai nk register nme dia..ble ak mintak ic..dia kta xda..tp dia bg card len..y ley ak recognize name datuk tue..nak tau kad pe? VISA GOLD.hahahaa ak rsa datuk tue nk tunjuk kt ak..dia de visa la..kang ak amik btoi2 nangis lak dia..hehehehe..

Then pas abis register...kitorg kna proceed ngn election..time election tue..de la aksi xpuas ati antara ahli...pasai borang undi...yang membuatkan ak rsa gerun n nak nangis..huhuhuh..ley lak PAK CIK tue jerit2...ckp elok2 dah la..bkn kami xdngr pon..huhuhuhu..pas depa selesaikn prob tue..election jln seperti biasa...sma cm ari tue neh kematu ak dok diri jaga tong undi tue..n pelbagai posing ak dah wat tok ilang kn lenguh ak tue..tp apekn daya...xberkesan gak...huhuhuh... dah pas berapa ratus org dah undi..de la.. sorng pengundi neh...mai nk bubuh kertas undi..kt peti y ak jaga neh...sambil2 boh kertas undi tue..dia habaq kt ak...
" neh klu muka u de kt senarai pencalonan neh..i dah undi u.....sbb u.........sgt."
Ak gelak jew lew....gelak cover...klu ak x in charge election tue...dah lame ak kuarkn gelak "jantan" ak...hahahahhaah...sure dia xdak topic nak sembang ngn ak la tue...then xsmpai bape minit...de plak tnya nme ak sape..ak pon serba salah nk bg tau ke x...tp memikirkn pas neh ak xkn jumpa dia..ak bg tau jew la..nme ak sape...tp bkn full name la...kang kta pulun lak..hehehehehe..
Pas election...kitorg digegaskn ke blik mengira undi...b4 kira tue...kitorg mkn2 la dulu...de nasi goreng, sandwich, mee goreng,telur goreng, n buah2an...mkn2..then kira2 undi..then abis....pas abis..ak sambung mkn balik..kli neh makan sandwich ja..bajet diet la konon..hehehee..pas abis sumer tue..sementara nak blik...kitorg tunggu la kt lobby...nak tau ak jumpa sape kt lobby tue?? i saw SHAH...(inteam ) n lagi sorg member dia..dlm in team gak tue ( ak xtau name dia sape )...ak bajet nk amik gambar dia...tp segan r plk...so..terpaksa la...control jiwa...hehehehe..rugi2...hehehehe..

The True Message of Islam

Mar 12, 2010

When I Attended the Election DPMMPP

Perghh..penat rsanye...ble..aku kna attend AGM for DPMMPP ari khamis ari tue......sebagai wakil auditor...aku kna incharge...election untuk kerusi Timbalan Dipertua, Naib Yang Dipertua n ahli jawatan kuasa..(AJK)..bersama2 team2 aku di HNC... keadaan pada mulanya keadaan agak terkawal pada minit ke-20 selepas bermula..AGM..tp pastu ada..pelbagai isu...dibangkitkan...(kalau nak tau hampa bacalah.. akhbar UTUSAN bertarikh 12/3/2010 : Jumaat m/s 20)...nek gerun ak time tue...nasib bek xde pape y jd..klu de..ak la r 1st lari kuar...kena lak ak dok dekat ngn pintu...hehehe...


Nek sakit tulang2 aku...dok keras kt meja memangkah...tugas ak...kna tunjuk kt ahli y layak mengundi...tmpt tok memangkah yang kosong...aku stu team ngn kak fatt..erm...macam aksi ahli2 tue tunjuk...de y masuk kt tmpat memangkah.. 5 6 org...de y just undi kt depan tue ja..xyah masuk tmpt memangkah dah..myb depa sumer nk cpt kot..ye la...mane tak nyew..siap de y org habaq kt zul (dak y announce nme ahli) soh cpt ckit pnggil nme..reasonnyew...nak kencing la..nk solat la..nak amik anak kt skolah la..mcm2...ish2...depa x pk y kami neh...dah la xlarat...neh plak nk layan kerenah depa lak...sabo jew lew..sob..sob..


Pas abis depa PANGKAH2 sape2 y depa nak undi tue...tong2 undi y depa isi tue..kna p bawak kat bilik mengira undi...pulun la kami sumer2 warga HISHAM & CO..dok tunduk kira kertas undi...part y pling kritikal...nak kira peundian AJK...dah la calon de 13 org..time tue xtgk sape dah..dok tgk kertas jew n kalkulator...kalkulator ak smpai abis bateri..hahhaah lawak2..( bateri tue ak guna since ak form 3 a.k.a 2003)..kira punya kire..at the end..amount actual undi..xsma ngn amount sepatutnyew ktorg dpt..pe ag..kelam kabut la..sumer2 kire....kecuali ak..ak just tgk jew..ak dah mls dah nk kira... time tue...hahahaha..tp at last...berjaya jugak jumpa...prob solved by KAK ZAHAS..cayalah..heheheh

Bread Puding


sate




Aku paling syok p sna..sbb dpt mkn..bnyk2...mcm2 ada cth:

  1. nasi kuning + gajus ( ak xtau name pe)
  2. ayam masak merah
  3. hokkien mee
  4. spring roll
  5. squid ring
  6. roti jala
  7. chicken curry
  8. sate + kuah kacang + nasi impit
  9. salads
  10. fruits
  11. sandwich
  12. bread pudding
  13. mango puding
  14. berry cake
  15. choc cake
  16. pandan layer cake
  17. sky juice <--- penting neh
  18. other hot drinks

aku dah xpk pe dah..men amik jew..maklum la..mkn free..hahhahaha..siap kna tegur ngn sorng mamat neh...dia pon soh ak mkn jew slagi ley mkn....haahahah kire dia pon 2x5 ngn ak..haahahaha...pantang nmpk mknn...ley geng la!! hehehe..

Mar 11, 2010

wish me "xsengal2" tomorrow..

aksi poyo ketika keje...poning2..


Mengira undi untuk Dewan Perniagaan Melayu (M) Pulau Pinang bakal..menganggu emosi aku..serta..sendi2 ak...walaupon..just kira2..tp sakit belakang..(sbb lenguh) kalah ngn org yang angkut batu bata...bak kata mak aku..."hg neh sakit mengalahkan org tua..org tua pon xsakit cm hg" tue la skrip y mak ak pkai...ble ak asyik mengadu sakit sna sni..hehehehe...so..wish me luck..

MASAK LEMAK IKAN TALANG..nyum2..(^_^)


Dah lama...aku nak mkn masak lemak neh (bik nah)..last skali aku mkn dalam bp2 bulan lepas..time raya aji..time tue ramai de kt umah tok umi...bik wih n family..bik yah (penang)..my family? dah blik awai2 dah..ak jew y kna tinggai sbb kna stay kt kulim..( sbb prktikal kt area Sunway Carnivals). Ari tue de gak ak try mkn masak lemak neh...tp xde la..sesedap time first2 time ak rsa...So, untuk ketiga kalinya..aku mintak mak cik aku masak.....sbb ak nk kena bawak bekal kt opis...( tmpt ak prktikal) ..nmpaknya...kna ngn citarasa ak..nyum2...hehehee

Mar 9, 2010

Equatorial hotel…Bukit Jambul…
Having dinner with all dewan’s members...
Give me a memorable experience…
Meet all the corporate people…
Teach me how to behave and be formal

Wearing KEBAYA had restricted my steps
Moved at a snail's pace

Roti Benggali , Sup Daging and Gulai ikan
Was my first meal…after an hour arrived…
Even starving, I still maintain my coolest attitude… (^_^)

THE END