Dia duduk
menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah
menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu
telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu
...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk
membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si
dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah
solat. Nak jadi imam? Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu
lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu
sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk
hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi
kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku
lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah
suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari
duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop
tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?
“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz
60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak,
tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang
juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak
tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya
asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun
tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah
pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah
senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi
ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita
meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik
sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku
jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di
hadapannya itu di pandang kosong. Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau
buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu
hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai
buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa
itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara
lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap.
Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik
tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu
berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak
pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini
tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit
banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari
isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak
reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh
sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana
ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”“maaf ya abang..” Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi
selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa
laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai
di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman
rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam,
sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila
jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru
selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak
apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak
apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai
solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di
kereta. Senyum terukir apabila
melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan
isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman
sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri
suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah,
semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman
duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas
bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu
je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok
agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau
kelmarin. Rasanya dia perlu berubah.
Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila
dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa
bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah
ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik
muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ
asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah…
banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di
tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang
tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya
bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata
abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi
tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam.
Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?”
Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya
di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah.Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat
tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.”
“okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh
Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang
teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya
siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun
juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman
memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman
dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata
Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa.
Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk
di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang
ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa
yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum.
Aiman turut senyum. Sungguh dia
tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa
adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah
kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan
kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum
mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan
kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa
di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg
telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…
Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia
menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan
isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan
mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda
pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi
Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia
menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan
Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh
saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada
stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa
buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita
try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah
keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan
baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang
padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung
labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan
Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.” Aiman sibuk
membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari
itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah
manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka
lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat
sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di
lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia
memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa
perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu
nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya
tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap. Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar
tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat
kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang
sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak
tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak
tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari
pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman
menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er,
kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta
isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah
menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat
sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik
kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap
Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak
boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau
pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh
je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata
membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah
keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang
isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar
isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba.
Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa
yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang
kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus
Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru
selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu
telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat
macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan
abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong
jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa
bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya
tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat
isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi
tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah
dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat
Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya:
1)
Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Takut berlaku
dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari
tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat
masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”
Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap.
Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.
Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis
terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram
rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya
Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata
dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat
dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk
membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah,
dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu…
sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca
message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice
dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel
je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. –
Aiman.
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman,
kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu
hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”
Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.
Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah
itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan
kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu.
Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah
memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya
senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak
Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah
datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj.
Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat
abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia
berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan
ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.”
Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah
senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang
tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab
awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi
Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk
dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami
isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah
senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia
menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa
beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap
kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman
memandang Syahirah sekilas.“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari
mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita
makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di
belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya
berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah
dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar
Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet
jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut.
Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia
menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya
baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai
berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia
telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium
pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan
memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke
bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang
telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya
Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia
boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang
membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah
sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar.
Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku
dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang
iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran
melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak
dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim
gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya
abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak
menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah
lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan
tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci
itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR
dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari
suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir
sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran.
Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai
orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah
duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah
hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki
Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia
lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat
lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya
itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini
=) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup
buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di
gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan
abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di
sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia
akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar
dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman
pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca
Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman
memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam
ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur
sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap.
Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan
bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca
surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum
je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman
menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.”
Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar
mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita
itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.