Apr 6, 2011

Photo shoot session 2 2010/2011 : Tunas Manja, Muadzam Shah

Neh la tunas manja y 1st buka kt Muadzam shah.
and after dat..dia dh de 3 branches kt sni...hehehe
sejak2 ade nadz...rumah kami dh jadi hantu vitagen..

yeah..our chef..pas neh ley buka bakery la yunk oit...hehe
ape neh??? ish2..
Model2..sos cili..hehehe
usha hp...(dh rosak pn..uhuhuhu)

Apr 2, 2011

Photo shoot session 1 2010/2011 : Hollywood's Muadzam Shah

jump higher...reach the sky....
khusyuk....dengar explaination for next pose..:P
penat sudey...neh style duduk plak..pas lompat2..hehehe.
bila mai angkat ak...ringan kew?? hahahaha..
muadzam shah n us...:p gonna miz u guys... (T_T)
cmner ley dok depan lak mamat2 neh..its unfair..hahaha
beware amirul..nnt jatuh plk....


my last 'final exam'

Hi guys… lame dh xupdate my blog...busy meyh..kena study for my final exam… Alhamdulillah…I juz completed my last ‘final exam’ for bachelor degree…overall… It’s not as good as I imagine… its more terrible than before…especially internal auditing paper..huhuhuuh…10 question related to case study…n I don’t even know what the questions want…can u imagine? Hopefully… i will pass for this paper and others with flying colours.. amin… Please...pray for me k?

suggested result..ngeh3x (~_~)"

Mar 14, 2011

Exam fever is back..




Exam fever is back..... keep it up... gain a good result...!!!
May Allah bless me...

Allahuma najahni fi hazihi imtihan..amin Ya Rabb....

Mar 13, 2011




周り午後 2時 46分停電、火災、津波の被害 3 月 11 日 (日) 太平洋北東日本に近く、大規模な 8. 9 の地震をヒット

Mar 11, 2011

Yuni Shara - Sepi (Official Music Video)

Hikayat Merong Mahawangsa

Pada zaman dahulu kala nabi sulaiman perintah segala, seluruh alam segenap petala taat perintah dengan rela. tersebut kisah di langkapuri, burung garuda berdiam diri…banyak sakti megah sendiri...semua makhluk takut hampiri. rajawali mendengar cerita…burung kakak tua empunyai warta..lalu pergi serta-merta berjumpa garuda beri berita. raja rum ada rencana ingin jodohkan anaknya teruna dengan puteri raja cina, negerinya jauh di timur sana. perkahwinan dirancang dengan bangga walaupun jauh tidak terhingga kerana takbur serta peraga…raja-raja lain tidak terduga. burung garuda hilang pedoman, lalu mengadap raja sulaiman, teguh tekad keazaman, gagal hasrat perkahwinan idaman. raja sulaiman beri pandangan…makhluk hanya buat rancangan,begitu juga jodoh tunangan hanya allah punya pegangan. azam garuda penuh perasaan…gagal perkahwinan dengan paksaan andai tindakan tidak berkesan nyahkan diri dari insan.

Terbang garuda ke benua cina…melihat puteri dijaga sempurna, puteri disambar tidak semena, inang, pengasuh dicengkam kena. ketiganya terus dibawa lari…terbang menuju ke langkapuri..diletak ke tempat yang berseri…segala keperluan garuda beri. raja rum raja berbangsa siap kelengkapan tergesa-gesa, berketua raja merung mahawangsa, keturunan dewa yang berjasa. isteri berbaka raksasa gergasi…hidup mereka begitu serasi…selalu dibawa duduk di sisi kerana ayah banda begitu sangsi. merung mahawangsa sebagai sahabat…baginda rela turut terlibat, ganti raja rum sebagai kerabat ke negeri cina berbahtera hebat. belayar beberapa buah bahtera.. mengharung gelombang samudera, singgah beberapa buah Negara…naungan rum rakyat gembira. mereka belayar tepi daratan…di mana singgah diberi sambutan…dapat hadiah sarat muatan..hingga sampai dekat hindustan. kuala changgung nama negeri, guruh petir tidak terperi..burung besar datang hampiri…rupanya garuda dahsyat ngeri. raja merung perintah berkata..mesti semua siap senjata..tunggu angkara dan sengketa bahaya berada di depan mata. raja merung tenang menghala..panah meriam serta lela, ke arah garuda tujuan ditala ditepis garuda tidak bersela. terjadi peperangan yang ngeri antara angkatan yang melayari dengan garuda seekor diri…putera rum mesti dibunuh sendiri. perang berhenti bila malam…suasana menjadi amat kelam…garuda hilang ke mana alam..hinggalah siang cerah berbalam…tiada perang beberapa hari, bahtera dan kapal terus layari..di kuala tawai terjadi peri, tiba-tiba garuda langgari. ribut guruh petir dan kilat angkara garuda sakti mengilat, dua bahtera kembar beralat, kapal mengepung tidaklah ralat. raja merung panah segera, keluar api merah berbara…segala azmat bahana di udara, jadi lenyap bagai dimentera. panah dan bedil menuju garuda…tidak terjejas kenanya tiada…tiga kapal terkena landa, diterbang entah ke mana berada. gempita tentera bertempik sorak, namun garuda tangkas bergerak, tiga lagi kapal berselerak, terbang garuda di mega berarak. banyak kapal rosak binasa..ramai manusia pasti terseksa..ahli rombongan sedih terasa, angkara garuda gila kuasa. di kuala parit pinggiran segara, garuda mengganas terus mara…raja merung memanah mentera…bernama pusar sempani gembira. panah sakti bukan buatan…keluar dengan hantu syaitan..garuda tepis dengan kekuatan,sambil sambar kapal dan muatan. dipanah lagi jentayu menjelma…lalu berlawan seketika lama, keluar api dentuman bergema….jentayu hangus mati percuma. ke pulau salang belayar bahtera, raja merung titah bicara…hendak berlabuh buat sementara, air dan kayu dicari segera. putera rum belayar terus..dengan menempuh gelombang arus…pengiring yang ada boleh mengurus…sangka garuda ganggu sejurus. Bila hampir pulau langkapuri…bahtera telah garuda langgari..rosak binasa tidak terperi…tinggal putera seorang diri. garuda yakin putera terkorban…sebenar di papan putera terhumban…garuda sangka selesai beban ke langkapuri pulang ke reban.

Raja merung selesai kerja, belayar menurut putera raja..terjumpa orang renang terkinja…baginda sedih bermuram durja. telah penat mereka mencari sudah masuk berhari-hari tanpa bayang puteranya diri…kecewa baginda di sanubari. belayar ke timur ke teluk tanjung, bertanya kepada mualim tersanjung, nama pulau yang di hujung..hajat hati hendak berkunjung. mualim berkata dengan pasti..seri dan jambul pulau sejati ke pulau lada mereka dekati lalu berlabuh sesuka hati. kaum gergasi penghuni di situ..raja merung mereka bantu…pelawa tinggal dan sekutu sambil mencari putera rum itu. jumpa kawasan indah saujana…dirikan kota serta istana… semua lengkap dengan sempurna lalu mencari nama bermakna. mereka bekerja bersuka-suka, makan minum senang belaka…raja merung jadi paduka, gelar negeri langkasuka. berpindah ke situ beramai-ramai…suasana aman serta damai, keadaan desa begitu permai…rakyat taat kasih tersemai.

Putera rum hanyut tak menentu..lalu terdampar di celah batu..di langkapuri pantai di situ, badan dan wajah berkerutu. puteri cari ketam dan siput diiring inang bayu berpuput, terdengar suara orang semput..inang disuruh membuat iiput. putera rum ditanya inang..mengapa hanyut letih berenang…minta jawab dengan tenang…tolong cerita boleh dikenang. putera rum terus cerita…kisah garuda buat sengketa habis binasa rombongan mahkota hajat ke cina jadi derita. mak inang disuruh puteri pergi bersama dayang berseri sembunyi putera di gua sendiri, air nasi mesti diberi. kupang di badan kikis bersama hingga bersih beberapa lama…pakaian inang diberi percuma…bereskan sebelum garuda jelma. saban hari inang pelihara, kian sihat segak putera..cari pakaian berakal bicara agar garuda tidak ketara. bila garuda datang berjumpa…puteri cina terus menyapa semua makanan tak kurang apa...cuma pakaian tidak seberapa. garuda tanya beri harapan di mana kain puteri simpan akan diambil bawa ke depan..boleh puteri bersiap-siapan. garuda kata jangan bimbang…puteri akan ke cina terbang..tak lama lagi hari di ambang..sesuai janji seperti tersembang. tempat pakaian dicerita puteri..benua cina istana negeri…dalam bilik puteri sendiri..garuda boleh pergi cari. garuda terbang ke negeri cina, kelam kabut jadikan suasana dapat dicari pakaian di mana…peti diterbang ke langkapuri sana. pakaian diserah kepada puteri…lalu garuda hilangkan diri…puteri pilih pakaian sendiri.bila dipakai indah berseri. putera rum puteri cina…sama elok sama kena…jatuh cinta penuh makna…garuda tak tahu semua rencana. seminggu garuda datang semula…putera ke gua sediakala…gua ditutup elakkan bala, berpisah mereka buat berkala. garuda mengadap nabi sulaiman...cerita semua pengalaman...puteri cina dalam genggaman, dipelihara pula dengan aman. putera rum punya angkatan..garuda akui laku perbuatan..semua binasa dalam lautan...tertunai janji seperti tuntutan. semua yang hadir telah ketawa..mendengar cerita yang dibawa..garuda tetap seperti terdakwa..nyahkan diri andai kecewa. nabi sulaiman perintah segerasuruh jin berbudi bicara ke langkapuri seberang samudara ambil mereka tanpa cedera. mereka berempat masuk ke peti lalu diterbang jin sakti menghadap nabi yang menanti..garuda terkejut hampir mati. nabi bersabda empat perkara..rezeki maut jangan dikira..jodoh bercerai juga setara kehendak Allah yang ketara. garuda merasa amat lara..pohon ampun segala angkara terpaksa nyah hujung segara..di laut kalzum sedih sengsara. harman shah jin utama dengan seribu para panglima, bawa pengantin pengasuh bersama ke negeri cina dengan saksama. surat nabi dibawa serta ke negeri cina istana kota..raja cina menurut kata...puteri dinikah putera mahkota.

Raja merung di pulau seri telah bertanya kepada menteri, apakah ada lagi negeri mempunyai anak gadis berseri. menteri telah berkabar berita agak jauh menurut cerita..kelinggi namanya ikut warta..benda ajaib di situ tercipta. raja merung terus bicara titah bersurat dengan segera..minta tempayan besarnya tera..sebagai tanda sahabat saudara. dengan perahu belayar menteri bawa barangan bersama diri ke kelinggi segera hampiri akhirnya tiba negeri dicari. ketika itu ada di sana, utusan rum ke negeri cina sedang mengadap paduka di istana hendak cari raja merung di mana. raja kelinggi dengar cerita hajat raja merung yang tercita ingin tempayan besar tercipta sesuai gergasi dan bota. empayan diraja telah diberi..usung ke bahtera rum seri..perahu ranap dikhuatiri tumpang bahtera teman sendiri. besar sekali tempayan itu, tukangnya gergasi ciptaan bermutu..tinggi umpama bukit batu...beranak tangga naiknya tentu. selesai dimuat beberapa hari..raja kelinggi surat diberi tanda muhibah antara negeri bersahabat setia di sanubari. kapal rum dengan muatan diiring perahu berdekatan..bila tiba ke tambatan...lalu berlabuh kepenatan. masuk mengadap raja junjungan timbul kembali semua kenangan utusan rum cerita berpanjangan tujuan sebenar jadi pegangan. raja merung ingin kembali..negeri rum tempat asali...menteri rum setuju sekali...langkasuka hendak ditinggali. putera raja merung bistari..tabalkan dulu jaga negeri hanya keturunan mereka yang seri baharu berjaya raja bersiri. utusan ke aceh telah pulang hadiah dan surat tidak berselang...baginda suka bukan kepalang, semua hasrat tidak tergalang. raja merung ria bersuka untuk tabal putera paduka...puluhan hari temasya dibuka...makan minum enak belaka. 40 malam 40 hari, putra mahkota kahwin puteri..pembesar bersara anak diberi...gentian waris pegawai dan menteri. raja merung mahapudisat...gelar berdarjat di negeri pusat sebutan negeri janganlah sesat, elok namakan dengan pesat. negeri kedah zamin tauran..nama baru sebagai gelaran, mahapudisat diberi ganjaran makmurkan negeri antara jiran. tempayan besar teguh sasa dibawa ke darat tidak tergesa..di pohon rokam letak selesa untuk merung mahawangsa. usia mahawangsa berlarutan,pulau-pulau menjadi daratan..pulau seri bersatu tautan demikian lama duduk penempatan.

NOTE : 10 March 2011 - tengok Hikayat Merong Mahawangsa ngn tasya (couple seats tue..) + jumpa irr n da' geng gak kt wayang ECM tue... superb la..1st time tgk filem Malaysia hebat macam tue..ngn special effect2 y boley dikatakn advance tue....walaupn still ade bnyk kekurang compared ngn Hollywood.. tp aku tetap berbngga ngn pncapaian KRU neh..hope diorg ley improve their performance... n well-known..globally in da' future.... Insya Allah..


Mar 5, 2011

My last presentation at UNITEN

Alhamdulillah..akhirnyew..abis gak presentation aku sem neh..last hari khamis lepas…rasa lega ckit..so that ley focus kt final exam lak…. So..skung neh…just ade kelas specialized tax ja..kelas lain sumer dah abis dah…citer bab presentation… last presentation tue..mmg horrible…nk tau kenapa? Sbb kitorg xalert ngn pesanan lecturer…suruh book LCD kt AA..ish2..time tue dah gelabah abis dah… mane tak nyew..time kitorg tnya kt AA tue..akak tue kta…LCD fully-booked.. xgelabah ak? Nk present cmner? Kalau xde LCD? Xkn nk kena guna OHP lak? So..nak x nak..kena gak lari p AB..mintak LCD…mane la tau..kot ade…. Sampai sna..tnya kt akak tue..akak tue kta..LCD kt AB pn fully-booked… damn..cramp dah ak…pujuk la akak tue…kot2 kalau ade…sape2 y xnk guna…10 mint pn jd la…janji dapat present… Alhmdulillah..ade…syukur sesgt2…dalam keadan y trmengah2 tue..ak present…alhmdulillah…miss kta..OK..at least u can do it…!! Thankz kat akak tue…jasamu akan dikenang…insya Allah…


siot ja...(T_T)


kata zizan :
"sy bukan abg RAHIM sy abg BUAH PINGGANG... "
(siot ja..hahahahaha)

Daftar sebagai Pemilih


Isnin lepas aku ngn member aku..pertama kalinya p daftar untuk mengundi… Baru la jadi rakyat Malaysia yang sejati. Chewah… hehehehe..terexcited lak ak neh..sampai post kt blog..padahal…time umur 23thn bru wjud kesedaran sivik utk mendaftar…bkn time 21thn…ish2.. ape da.. So kepada geng2 y xmendaftar ag tue…sila lah jlnkan tnggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia…its your right… Chaiyok2… (^_^)

Mar 4, 2011

Avril In Wonderland



Trippin out
Spinning around
I'm underground
I fell down
Yeah I fell down

I'm freaking out, where am I now?
Upside down and I can't stop it now
Can't stop me now, oh oh

I, I'll get by
I, I'll survive
When the world's crashing down
When I fall and hit the ground
I will turn myself around
Don't you try to stop me
I, I won't cry

I found myself in Wonderland
Get back on my feet, on the ground
Is this real?
Is this pretend?
I'll take a stand until the end

I, I'll get by
I, I'll survive
When the world's crashing down
When I fall and hit the ground
I will turn myself around
Don't you try to stop me
I, I won't cry

http://www.elyricsworld.com/alice_in_wonderland_lyrics_avril_lavigne.html
I, I'll get by
I, I'll survive
When the world's crashing down
When I fall and hit the ground
I will turn myself around
Don't you try to stop me
I, and I won't cry

Mar 1, 2011

Aku dan tentera


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!


Feb 27, 2011

My last paper


MySpace-Countdowns


Semangat plak ak neh...
countdown utk last paper...hehehehe...
doakn yang terbaik ye..
Amen..Ya Rabb..

Maher Zain - Freedom (Latest unreleased single)

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah (Malay Version)

Mesut Kurtis - Beloved | مسعود كرتس - الحبيب

Maher Zain Live In KL 2011


Totally enjoyed malam neh… spend together with my friend..tgk konsert Maher Zain mlm td…mmg happening… walaupun his was a bit tired ( I saw that ) … tp ak tetap enjoyed… cause meeting him…It’s such a wonderful moments that I can never forget..(Even though my seat quite far from the stage and I just can see him trough the screen…huhuuhuhuh) He had sang his 2 new songs…which is Insya Allah (Malay Version) and Freedom… totally luv it.. and its sounds cute actually..When he speak in Malay.. (♪♫~~insya Allah..insya Allah….insya Allah…ada jalannya♪♫~~…)Also credit to Mesut Kurtis , Ifran Makki and In-team… for their performances.. superb dude….especially.. lagu mesut kurtis title : beloved and lagu Ifran Makki title: mabrur..*lagu sesuai untuk nadzirah..hehheehhe..



Feb 24, 2011

What I’m gonna be on next 2 months?

What I’m gonna be on next 2 months?


An accountant?


An auditor?


Unemployment?


Or


A housewife?


keje last minute... uhuhuhuhu

Last three days… memang memenatkan… neh bukan penat sebarangan…neh penat tahap karma punya…mane tak nyew… the whole night..aku tak tidur…sbb nk kena siap kn slide show untuk internal auditing’s presentation ( sbb kena present petang isnin tue..huhuhuh) and the next morning tue (Monday 21hb Feb 2011) awal2 pagi dah kena p SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia) …dekat Kuantan… dengan nina. Nadz and tasya… nasib baik bukan ak y drive..kalau x… abis la..tah kemana2 la ak bawak p…heheehhe…

Gerak dari muadzam dalam pkoi 10 pg then sampai kt ssm dalam pukul 11.30pg… dan semestinya on da way tue..ak tidur….hehehehe.. Time kt SSM tue..mcm la jadi… mula2 kena jumpa pegawai dia… untuk tnya cmner nk dapatkn annual report.. kena tunggu gak beberapa minute..padahal ley jew terus..p ROC…nk jugak soh kami bertepek lelame kta situ..pastu.dah jumpa pegawai dia…p kt ROC..bayar 10 hengget..then p access dia punya data..utk amik annual report company y kami nk..tp malang nyew..xley lak nk access…for unnoticed reason..… then kena bayar ag 10hengget utk access company lain gak..dah membazir 10 hengget tue.. 10 hengget tue..ley buat ak mkn seminggu…huhuhuhuh.. (hyperbola jew tue..padahal 10hengget utk ak blanjer sehari..tue pn xckup hehehe) dekat sejam gak la..baru kami dapat ape y kami nk..tue pn setelah jumpa mcm2 org..pegawai tue..pegawai neh…boss tue..boss neh..huhuhuhhu…pape pn alhmdulillah..at the end..dpt gak ape y kami nak… Then…Pas settle sumer tue.. balik muadzam balik..dalam koi 3.30 petang smpai kampus..koi 5 kena p kelas plk…untuk presentation…huhuhuh..klu xkena present…dah lame ak ponteng..huhuhuhuhh…( kelas siang tue..ak dah ponteng dah..sbb kena p ssm + aku mmg ska ponteng kelas..huhuhuh )..ari tue..mlm pn ak ade kelas..memang xmasuk la...sbb penat thp karma..huhuhuhu…sumer org tegur muka ak..sbb cm tempe basi..uhuhuhuh…

Neh sumer kes buat keje last minute.. Hahahahaa.. Padan muka sendiri… dah next week due date..ari neh..baru pulun nk buat sumer… mmg kelam kabut la…(kepada anda semua..ak nasihatkan..jgn la buat keje last minute… kang menyesal xsudah…huhhuhu)… tue la…mam dah pesan… jumpa dia..neh x..blagak sgt…xmau jumpa..kan dah kena kt batang idung sendiri…ish2… nasib baik la… dapat gak annual report y nak tue… kalau x…mau lagi kelam kabut..hahahaaa..

Feb 17, 2011

Jom….Muhasabah diri jom….

Muhasabah diri neh..xsemestinya.. menilai hubungan kite dengan Allah…tapi…ia jugak….untuk menilai dan menghitung perhubungan kite sesame manusia… Apa yang kite dapat? Kalau kite masih bersengketa antara satu sama lain? Xde pape kn? So, sekarang neh… kite move forward… dengan mengambil langkah…memaafkan orang lain dan berubah kepada kebaikan.…xpayah nak tunding jari kepada orang lain...dengan pelbagai soalan;cakap tue senang…tapi aku yang lalui neh? xkan kite jew yang nak berubah?? Orang lain…xreti nak berubah? Aku dah berubah dah...xkan nak berubah lagi? Kau yang salah...bukan aku....kau yang mulakan dulu..bukan aku...Soalan2 tue semua...hasutan syaitan yang dengki dengan perhubungan ukhuwah kite...So, ignore jew..isthigfar bnyk2.... mungkin...ade salah kite..yang kite xsedar...biasalah..manusia..xpernah lari daripada kesilapan....nobody perfect...melainkan Nabi Muhammad S.A.W so... Ape salah nya...kite amik alternative..untuk memulakan coversation dulu...kalau orang tue xsuka..xpa..at least kite cuba...tp jangan la cuba sekali ja...cuba dan cuba...jangan putus asa... manis muka....jangan keluarkn kata2 yang boleh mnyakitkan hati org lain...mungkin niat kite nak bergurau..tapi pikir balik...mungkin ade yang terasa?.. Ingatlah perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”


So,jom la kite berubah...kite kan dah cukup matang untuk buat keputusan... (^_^)

Feb 11, 2011

my breakfast today~~


Have a big breakfast today...nyum~~

Cam neh ley la proceed study…

Perut dh penuh…hehehee

Tp mata pn dah ngantuk..ngeh3~~

Thankz to mims….

B’coz prepared my breakfast..

Len kali ley la buat ag..hehehe

Feb 2, 2011

gathering


30 January 2011

SUNWAY PYRAMID

GATHERING

SEK.KEB.KAPAR

SAIFULDIN SYAZWAN AINUDDIN FARID DILLA AFNAN JANNAH

ZURAIDAH MUNIRAH HANIM ME FARIDAH NAD ATIKAH AMALINA AZIRA

Feb 1, 2011

Egypt

\

Ya Allah… Selamatkanlah… Pelajar dan rakyat Malaysia disana…

Jauhkanlah mereka daripada sebarang kecelakaan…

Amin ya rabb…

happy birthday.. Abah


Happy birthday

ABAH

Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki..

Amin…


ELECTRIC TRAIN SERVICE (ETS)

For the first time.. balik neh express train..

ELECTRIC TRAIN SERVICE (ETS)

Memang save time la…

Its juz took 1hour ++ to arrive at IPOH…

Memang superb… compare to bus…

And ticket dia pn…affordable… xde la mahal sgt…

Pape pn… thanks to those who come out with this new innovation…

Congratulation


CONGRATULATION…

Kak int & Abg Bob

May Allah bless two of you…

Amin….

Wedding...

Attended wedding of my beloved ex-housemate…

Kak Int and Abg Bob


Memang teruja sesgt…

Berkonsepkan ala2 garden…

Memang tip-top la..

Penuh lampu2…

Plus..khemah y besar alam.

Teruja abis ak…hehehehe

Me with senior2 uniten…during that ceremony...


Pape pn aku doakan..

Diorg berkekalan hingga akhir hayat..

Cpt2 timang ank ye..hehehehe

BBQ

BBQ…Pas abis main ice skating kt Sunway Pyramid…Have fun giler… masing semangat…Bersihkan ayam…sausage… udang…Potong carrot and cabbage…De gak…y luka sna sini time kt dapur.. Kesian…klu mak mentua tau neh..Abis la…kena potong marah..hahahaha..( sma la aku pn…hehehe)Menu malam tue…

§ Smoky Chicken Black paper

§ Chezzy melting prawn

§ Delightful sausage with black paper sauce and cheese

§ Yummy tummy coslow

§ Tiramisu (adlie bawak)

And chef pd mlm tue..tentu2nya..Adlie and kamil… sian depa kena buli…Hehehehe… tp nk buat cmner..dh nasib badan..sabo ja ek…hehehepape pn…teknik korang bakar tue..mmg xley belah…de plak y ley itam sebelah…de plk tue…berdebu stu makanan..tue la..org dh pesan…time masak.. jgn bercinta..ini lah jadi nyew..hehehehee


Posing sebentar..konon2nya..rajin masak..hehehehe


Tgk..nadz semangat mengipas..simpai xsedar kitorg amik gambar..hehehee..

thankz to tuan rumah..PAPA and MAMA nadzirah..Sebab sudi tumpangkan kami.. and buatkn BBQ tue..Terharu sesgt..Len kali ley buat age k..hehehehe..

Ice Skating

Have fun together…

Men ice skating dekat Sunway Pyramid…

Memang memenatkan…

Maklum la…1st time experienced benda2 neh…

Pape pn…I really2 enjoy that day…

Full of happiness…

masing2 semangat berposing...walaupon xreti men...

tp aksi pose tue..nmpk cm expert.. hahahaha

oppss….jatuh sudah…

neh sumer gara2 kena attack ngn Nadzirah. r neh..

mentang2 la terror.. huhuhuh